Thursday, April 21, 2011

kedah sejahtera

PRN sarawak telah dengan jayanya di adakan. walaupun ada beberapa perkara kurang enak terdengar tetapi rasanya 90% berjalan lancar. tahniah untuk pakatan walaupun tidak berjaya merampas sarawak dari BN tapi berjaya menambah kerusi dalam dewan undangan negeri. tahniah.
 sekarang ni negeri kedah di serang pula dengan kenyataan bahawa Kedah menaikkan cukai tanah. bagi yang yang hanya tengok TB mungkin ada yg beranggapan bahwa Pas yg mentadbir bersama rakan pakatan melanggar  janji menifesto pilihanraya. tapi berdasarkan kenyataan YB menteri besar barulah faham situasi sebenar. kenyataan dari pihak kerajaan negeri jgn anda berangan untuk tengok di TB. kalau di youtube banyak. anda boleh menilai sekali keadaan sebenar. ada byk benda yg menarik di kedah selepas PR memerintah. byk pembaharuan yang dibuat yang memberikan keuntungan untuk rakyat negeri kedah khasnya dan malaysia am nya. dengan urus tadbir yg baek insyaallah PR dapat mengekalkan kuasa di negeri kedah mungkin dengan majoriti yang lebih baek. ingatlah, yg memerintah bukannya mengumpul harta untuk diri sendiri tetapi mengumpul harta untuk rakyat. menguruskan kan harta rakyat. bg ahli parti yg menginginkan benefit dari harta rakyat yg di urus oleh PR, lupakan. kerana itu adalah harta rakyat dan bukannya harta parti. harta kita dari amal jariah ahli parti yg menderma. itu adalah punca pendapatan parti dari dulu kini dan selamanya. bukan dari harta rakyat yg ditadbir oleh salah seorang ahli kita. Biar kita kalah dari kita menang dgn cara yang tidak di redhai ALLAH. berjuang di jalan yg lurus perlu byk pengorbanan. kalau tidak ada pengorbanan itu bukanlah perjuangan sebenar. perjuangan seperti ini telah di mulai oleh umat yg terdahulu dan akan berterusan hingga hari kiamat. sama kita fikirkan dan tingkatkan lagi usaha untuk memantapkan lagi perjuangan. wassalam.........

Tuesday, April 12, 2011

selamat mengundi...

sekarang tengah hot PRN sarawak. buat rakyat serawak...pilih calon yg terbaek yg mampu membawak perubahan. cuba buat pertukaran cket...ubah cket biru tua kpd hijau puteh or biru muda belang merah..coba tengok..kot2 anda beroleh kesenangan. kalau tuan-tuan rakyat sawak nak dapat bantuan kaw2..undilah pakatan..serius dpt untung!! kenapa?? bila sesebuah kawasan di rampas PR, nati pd pilihanraya akan dtg mereka akan tabor duet bkn setakat janji cam skang. ini kerana tuan-tuan, untuk merampas balik kawasan tersebut maka dengan itu terpaksa melabur untuk memenangi hati pengundi..x percaya??? try coba...anda penduduk kawasan berkenaan yg untung....bkn org lain pon.... lagi 1, sekarang ni pihak bn mang suka rakyat hidup melarat...kenapa?? bila melarat atau miskin kita tidak akan mampu untuk membeli perkhidmatan internet kerana tidak mampu...bila tidak mampu kita hanya akan dpt berita dari TB shj...dengan kuasa penuh terhadap TB ini maka BN dgn mudah dpt mempengaruhi minda rakyat2 yg kurang mendpt akses luaran spt internet lantaran dr ketidakmampuan untuk melanggan akses. untuk dpt berita yg adil dr TB?? lupakan....xkan dapek nye...lg 1 bila kita dah tahap ckp mkn mudah la dorang perbodohkan kita....time nak undi je mula la nak dtg tgk..nak jengok..nak melawat..lepas undi lesap kemana. ok bila time mengundi akan di ugut pulak kita, dijanjinya pembangunan tp dengan syarat undi BN, kalau x xdapek. Pemikiran kita masih lg di belenggu bahawa harta negara adalah harta BN, kalau dia nak bg itu rezeki kalau dia x bagi xleh buat apa. paham la tuan-tuan, tu bkn harta BN, tu harta rakyat, cukai yg kita bayaq suma tu. jadi kita jgn takot untuk undi PR dgn ugutan pembangunan, saya percaya kalau PR perintah mungkin mlebih baek, kalau terok kita tukaq balik, bukan susah baru la depa suma hati-hati dalam membuat tindakan. kalau depa rasa depa kuat depa akan buat apa saja sebab depa tau depa akan selamat jadi xdak sapa akan dakwa kalau depa rasuah or sebagainya, kesimpulannya......AMBIK BALIK KUASA KITA, KITA BATASKAN KUASA PEMERINTAH, JANGAN BAGI DEPA PERINTAH KITA TAPI KITA YANG PERINTAH DEPA!! BILA KITA PERINTAH KITA SENANG BILA DEPA PERINTANH KITA MALANG!! AMBIK BALIK KUASA RAKYAT!!! AYUH BERUBAH SEBELUM PARAH!!

Wednesday, April 6, 2011

salam sejahtera...hehe

lama dah x menjengok blog...xtau apa patot aku tulis...
tapi ada sikit benda yg agak menarik untuk di pikirkan...pape hal pon...lex dolo..cr bahan yg baek untuk aku ceritakan..k chow!!

Sunday, September 5, 2010

nak buat macam mana


aku tengok history channel malam tadi. tajuk malam tadi agak menarik minat aku coz cite pasal perbicaraan saddam. aku agak kagum dengan ketegasan saddam walaupon perbicaraan tu nyata ketidak adilan. masa hakim tanya dia nama mat saddam xjawab dia juz cakap" kamu tahu siapa saya". sari situ dah dapat tau saddam nie jenis yang macam mana. keras kepala cket.

ok, aku tengok dari perbicaraan tuh napak sangat x adil. memang sengaja nak balas dendam semata-mata. aku leh letakkan beberapa point

1. Hakim mestila bukan anggota kerajaan yang lama. maksudnya bukan dari parti baath atau sebarang yang berkenaan dengan tu la. yang tu tak pa lagi. yang menjadi persoalan aku tu. kenapa perlantikan hakim mesti dipersetujui orang politik? nak lantik hakim mesti kena persetujuan nouri al-maliki. PM iraq pasca perang. hakim telah dipecat masa tempoh perbicaraan tu kerana bagi kerajaan boneka iraq masa tu kata depa nih terlalu lembut. jadi Nouri pecat coz xsuka takot depa simpati ngan saddam.

2. Pihak pendakwaan secara terang terangan dari puak syiah iaitu musuh saddam yang berpahaman sunni nie. sebab selepas saddam kena gantung ada satu klip video tu  tunjuk depa dok menari keliling van mayat saddam. yang persoalan dia disitu ialah yang dijulang masa menari tu ketua pedakwa bagi kes saddam nih. xnapak macam nak balas dendam??

3.  xdapat di nafikan saddam nie zalim jugak. tapi xdapat aku pasti zalim tu betol ka saja-saja direka. mungkin ada yang betoi. tapi dalam kes saddam nie 2 kes pembunuhan puak syiah depa amek sebagai kes besaq. satu kampung tu masa lawatan saddam sekitar tahun 80an. nama kampung tu dujail xsilap(kalau salah tolg betolkan). sewaktu sampai disana dia kena serang, ada puak parti syiah ni nak bunuh dia. apalagi. beliau dengan kuasa yang ada pada waktu tu telah melakukan siasatan sampai ke akar umbi. bertitik tolak pada siasatan tu la maka terjadinya kes-kes bunuh disitu. antara yang kena bunuh ialah pimpinan tertinggi parti pembangkang iraq yakni musuh politik saddam la. antara yang dibunuh jugak kena bapak si muqtada al-saddar(ketua tentera mehdi iraq sekutu kuat syiah iran). dari situ la kes ni dibentang sebagai tuduhan terhadap saddam konon-konon berlaku penghapusan puak oleh saddam padahal semataa-mata untuk balas dendam saja.

4. Peguam bagi pihak iraq yang paling kesian. rasanya depa ni di diskriminasi. xdiberi perlindungan sewajarnya sehinggakan 4 orang dari peguam saddam diculik dan dibunuh oleh puak syiah. ada satu video masa kena kidnap tu sempat gak peguam saddam kis anak-anak dia tok kali terakhir. sedeh tol aku tengok.

    satu yang aku respek sangat pasal saddam nie. ketika pertuduhan di bacakan dan kertas pertuduhan di bagi kat dia. kertas pertuduhan ada dokumen berkenaan kelulusan dari dia yang tandatangan kelulusan hukuman mati. ok, dia ngaku. jadi persoalan dia kat hakim adalah kenapa yang lain dipersalahkan. biarla dia sendiri yang bertanggungjawab kenapa nak di bawak orang lae?? waaa..hebat sungguh. pemimpin kita ada nak bat camtu? lagi bebankan kita ada la.

last-last pada dis 2006 xsilap saddam dihukum gantung pada bulan mulia umat islam aidil adha. masa kena gantung secara terang puak-puak syiah still xpuas hati lagi. depa melaungkan muqtada!!muqtada! coba nak provoke saddam. padahal masa tu member dah nak jalan. xsampai pon 1 minit lagi dah. ada lagi dok provoke. punya la bangsat bangsa syiah nih!! saddam balas balik "kamu bukan tentera, kamu pengecut". tapi alhamdulillah, sempat gak dia ucap kalimah shahadah. Dia sebelum tu ada mintak supaya hukuman mati tu dengan cara dia ditembak bukan dengan gantung. tapi tetap jugak perlaksanaan hukum antung. tujuan utama besa la. nak hina saddam. sebagai seorang tentera hukuman tembak lebih mulia dari gantung.

   Pada hemat aku, tujuan utama History channel ni nak tunjuk perbicaraan saddam tu bukan apa. tujuan utama nak bersihkan amerika la dari tanggungjawab atas insiden tu. konon-konon bukan rancangan depa nak bat macam tu. depa nak bagi perbicaraan yang adil tapi atas campur tangan politik maka perbicaraan tu jadi sebaliknya. Hipokrit suma tu. bangang sangat amerika ni. dah tau hakim syiah, pendakwa syiah, saksi syiah, ahli politik yang pegang kehakiman syiah!! dah tentu bias. kompom nak menang punya. kalau xmenang pon depa buat bagi menang jugak.

Lepas amerika masuk ni, xpenah lagi iraq aman. walaupon saddam di kata kejam tapi aman waktu dia perintah dulu. sekarang xdak sapa yang perintah iraq sebenaqnya. sama ada amerika, kerajaan campuran iraq atau puak al qaeda atau sapa-sapa. sekarang ni masih terumbang ambing. amerika pon dah nak caw. mau xcaw. selama 6-7 tahun ni angka korban rakyat dia di iraq lebih 4000 orang. xbebaloi langsg. aku rasa satu objektif pon dia x capai. mungkin nak pecah belahkan puak-puak islam sana la kot. xtaula maksod sebenaq cana.

berbalik kepada saddam. tengok gambaq-gambaq dia masa perbicaraan tu kesian pulak. maklumla ada dia la terbela kaum sunni di iraq yang majoriti puak syiah. nak buat macam mana. setakat tu saja kesempatan ALLAH bagi kat dia. kita doakan semoga ALLAH bagi keampunan dan rahmat atas roh beliau.

Disini aku letak sikit gambaq dia
Masa ditampuk pemerintahan(ada kuasa lg masa ni)


















kena belasah masa kena tangkap.








tak tau la apa dia fikirkan





















 









Antara pegawai dia dulu.
2. Mohammed Azawi Ali bekas pegawai parti baath
3. Ali Daeem Ali bekas pegawai parti baath
4  Barzan Ibrahim al-Tikriti sepupu saddam merangkap ketua perisikan.
5. Taha Yassin Ramadan bekas timbalan presiden
6. Mizher Abdullah Rawed bekas pegawai parti baath
7: Abdullah Kadhem Ruaid bekas pegawai parti baath
8: Awad Hamad al-Bandar bekas ketua hakim mahkamah revilousi
9: Saddam Hussein
10: Rizgar Mohammed Amin Hakim perbicaraan.
detik-detik terakhir singa arab
















Jenazah beliau(yg merah tu lidah rasanya)















Kubur pahlawan












Moga bersama keampunan dan redha Allah

Tuesday, August 31, 2010

harap-harap paham la

Bagaikan menahan lukah di pergentingan, Umno dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka. Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, Umno dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau, baru-baru ini.  
Peristiwa Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan.  Kini tindakan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan YB William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar.
Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hukum hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini. Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah. Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.
Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)" .
Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.
Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di negara ini. Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.  
Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.
Sewajarnya, para wakil rakyat PR demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.
Kekecohan yang digembar-gemburkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu. Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan. Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala Umno ini. Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu. 
Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan. Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.
Dr Muhd Nur Manuty,
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat.

Harap-harap

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berharap anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara online sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara halus.
Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, ini lanjutan daripada pelancaran Kempen Sejuta Tandatangan Bantah Saman Ekor yang dilancarkan pada 23 Ogos lepas di Bazaar Ramadhan Pasar Keramat.
Tambahnya, tandatangan bolehlah diturunkan di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html mulai sekarang dan akan berakhir pada 31 Oktober nanti.
Katanya, walaupun kempen itu sedang  rancak gerak kerjanya di peringkat parlimen yang diuruskan oleh setiausaha DPP kawasan-kawasan, namun DPPP merasakan perlunya satu alternatif yang lain iaitu dengan melalui dunia siber yang semakin popular terutamanya di kalangan masyarakat bandar dan ibu kota.
“Kempen begini dirasakan perlu oleh DPPP dalam usaha untuk menarik  masyarakat terutamanya  golongan anak-anak muda untuk menyatakan sokongan supaya dapat bersama-sama DPPP bagi menyatakan sikap terhadap kerajaan Malaysia agar memansuhkan terus saman ekor, bukannya menangguhkannya,” ujarnya.
DPPP melancarkan kempen tersebut sebagai sokongan kepada usaha Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena melalui Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang begitu komited dalam menentang saman ekor.
Katanya, kempen itu dijalankan ekoran kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka yang telah disenaraihitamkan ekoran mempunyai saman ekor.
Tambahan pula, ujarnya dengan rintihan rakyat tentang saman ekor yang jelas membebankan, maka DPPP mengambil ketetapan untuk mengumpul tandatangan membantah saman ekor dan sedang digerakkan ke seluruh negara yang mana kemudiannya akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda bantahan.

Fikir-fikirkan la kawan

Pendekatan bertugas Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang, 22 Ogos lalu semata-mata untuk memenuhi permohonan bantuan surau dan menyerahkan kepada pihak terbabit serta menyampai ucapan berhubung program pendidikan Kerajaan Negeri Selangor dilihat sudah dipromosi secara salah oleh pihak tertentu. Menyebabkan terbongkar satu lagi kejahilan amalan beragama sesetengah orang Melayu yang beragama Islam secara “keturunan.”
Rasa sedikit pilu atas keserlahan kejahilan beragama itu turut dirasai oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.  Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana pendekatan itu merupakan antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah. Namun, menurut Tuan Guru ia menjadi bising kerana sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni. Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.
Menurut Tuan Guru lagi sepertimana dipetik Rizal (Harakahdaily 28 Ogos 2010), “kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid. Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi.”
Benarkah mereka ini jahil?
Kejahilan amalan beragama sesetengah orang Melayu yang beragama Islam secara “keturunan” dapat dibaca secara terbuka, terang dan nyata. Antaranya dalam Utusan Online (27 Ogos 2010) menyiarkan kenyataan jahil tuke, seorang pejuang Melayu (bukan pejuang agama) merangkap Yang Dipertua kepada sebuah pertubuhan (peringkat Negeri Selangor) yang ada kaitan dengan pejuang Melayu Pasir Mas ada berkata, pihaknya memandang serius tindakan Nie Ching kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan titah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik sebelum ini. Lalu menganggap tindakan ahli parlimen itu bertentangan dan menyalahi hukum kerana orang bukan Islam tidak boleh memasuki ruang solat masjid atau surau apatah lagi untuk menyampaikan ceramah kepada umat Islam. Lantas menyifatkan ia betul-betul satu penghinaan yang amat besar kepada umat Islam apabila ada seorang bukan Islam yang keadaannya tidak 'bersih' memasuki ruang solat utama surau berkenaan untuk mengadakan majlis dan membuat ucapan di situ. Malah turut mempersoalkan pula tindakan Teo Nie Ching itu, apakah kerana politik, maka hukum dan larangan orang bukan Islam masuk ke dalam ruang solat masjid dan surau boleh dihalalkan.  Semua kenyataan itu disiarkan secara terang (bercetak) oleh akhbar Utusan Malaysia (28 Ogos).
Turut disiarkan oleh akhbar yang sama ialah selaran oleh individu yang mengaku sebagai pengerusi kepada majlis gabungan pertubuhan tertentu (juga peringkat Negeri Selangor) dan sasarannya ialah menyelar tindakan pihak jawatankuasa surau Al-Huda ekroan berita membiarkan orang kafir (mungkin dimaksudkan kepada ahli parlimen Serdang) yang memasuki ruang solat dan memberikan ucapan dalam rumah ibadat itu. Selarannya itu turut dipetik sebagai berkata, sebagai pihak yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan aktiviti surau terbabit, barisan jawatankuasa surau itu seharusnya bersikap lebih peka dan sensitif dalam hal melibatkan persoalan agama. Lalu mengaitkan peristiwa (dimaksudkan kepada orang kafir masuk surau) itu dengan persoalan, adakah ideologi politik yang menjadi kepercayaan ahli-ahli PAS yang dikatakan berada dalam surau berkenaan melebihi daripada hukum dan larangan yang ditetapkan oleh ajaran Islam. Kemudian menyindir tindakan ahli politik (ahli parlimen wanita yang dimaksudkan itu mungkin Teo Nie Ching) dengan penegasan, “jika mahu memberikan bantuan atau mengadakan ucapan, kenapa tidak pilih saja tempat lain, kenapa perlu diadakan di dalam ruang solat surau berkenaan."
Kenyataan mengejutkan
Sesuatu yang mengejutkan ialah kenyataan salah seorang pihak berkuasa mengurus agama di Negeri Selangor (bukan Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali) yang telah membuat siasatan ke atas kes ahli parlimen wanita bukan Islam memasuki surau al-Huda sebagai benar berlaku (Utusan Malaysia 28 Ogos), lalu pihaknya membuat keputusan untuk mengambil alih Surau al-Huda dan mengurus pentadbrian surau itu serta merta.
Jika kenyataan itu diamati, maka orang awam akan memahaminya sebagai suatu kesalahan besar bagi mana-mana pihak yang mentadbir masjid atau surau menerima kehadiran orang politik (bukan Islam) menyampaikan sumbangan dan berucap dengan menyentuh program Kerajaan Negeri Selangor. Maka layak dipersoalkan, apakah hukum (fatwa) menerima sumbangan dan ucapan dari orang politik di atas masjid? Atau apakah hukumnya orang bukan Islam hadir ke dalam masjid untuk menyampai sumbangan dan berucap? Implikasinya, jika hukum (fatwa) yang dipakai bagi kedua-dua keadaan itu adalah hukumnya haram, nyatalah ajaran Islam yang dianuti itu bukan menggambarkan keterbukaan Islam dan hakikat Islam itu bukan indah dan bukan untuk semua kaum. Natijahnya pendirian hukum itu boleh disifatkan batil.
Tidak mengejutkan
Di sebalik ada tindak balas sepertimana di atas, ada pula tindakan pemimpin cabang pemuda Umno Selangor (Bernama 28 Ogos) yang menganggap pendekatan ahli parlimen Serdang itu sebagai “mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.” Kenyataan itu tidaklah mengejutkan kita kerana memang Umno berkarat memperjuangkan sentimen kaum Melayu.
Kenyataan hampir sama dengan ulasan ketua cabang wanitanya (Utusan Malaysia 28 Ogos) yang menganggap pendekatan ahli parlimen wanita (katanya dari DAP) itu adalah “menifestasi kebiadapan” pemimpin pembangkang kepada umat Islam. Persoalannya, adakah memberi sumbangan dan menceritakan program Kerajaan Negeri Selangor sebagai suatu kebiadapan? Mungkin bagi mereka (dua pemimpin Umno itu) rumah Allah (masjid, surau dan madrasah) hanya layak dimasuki orang Melayu sahaja. Lalu mata dacingnya begitu sensitif seakan-akan ahli parlimen (seorang dari kaum Cina) sudah menghunus senjata kepada pemimpin 1Malaysia. Jika demikian benarnya apa yang dipetik oleh Bernama (29 Ogos) itu, maka memang parah pemikiran 1Malaysia pemimpin generasi baru Umno, sampai gopoh begitu sekali!
Penjelasan tuan terbabit
Sehubungan dengan beberapa ulasan dan kenyataan yang mensasarkan kepada ahli parlimen Serdang itu, maka tuan punya diri (Teo Nie Ching) telah menjawabnya seperti dilapor menerusi blognya (http://www.wretch.cc/blog/teonieching/21522314). Antaranya beliau mengeaskan kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau, dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.
“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.
“Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.
“Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.”
Berdasarkan pengakuan di atas, apakah pengadilan yang harus diberikan kepada ahli parlimen Serdang itu? Ataukah kita menerima apa yang dilaporkan media dan menganggap segala kecaman serta amaran daripada pelbagai pihak itu sesuatu yang benar dan adil? Hanya kerasionalan mampu menterjemahkan sesuatu yang benar dan adil.
Kes sama dihadapi Jayakumar
Pengarang Utusan Malaysia sebelum ini (5 November 2009) turut melaporkan cerita yang sama melibatkan sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang yang membenarkan Ahli Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar berucap di dalam masjid. Lalu dikatakan seorang ketua bagi pihak berkuasa agama menegaskan, “orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.” Kenyataan itu berbau hukum (fatwa) sahih kerana membuat analogi yang tepat, iaitu Islam melarang wanita berhaid masuk dalam masjid.
"Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat.”
Realitinya, Jayakumar hanya hadir berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan dibuat di dalam masjid (pada 31 Ogos 2009). Peristiwa itu seakan sama dengan apa yang dihadapi Teo Nie Ching. Apapun, tindakan pihak berkuasa agama itu adalah seakan menyokong memorandum Pemuda UMNO ketika itu yang dikatakan melihat tindakan Jayakumar itu hanya boleh berucap di pekarangan masjid tanpa perlu menggunakan dalam masjid.
Fatwa bukan Islam boleh masuk masjid
Apa yang difahami daripada beberapa kenyataan pemimpin Umno, pihak berkuasa agama mahupun beberapa penulisan yang termuat dalam Utusan Malaysia (akhbar Penyebar Fikiran Rakyat) pada 30 Ogos 2010 dilihat menyerang Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Malah kesan daripada kenyataan dan penulisan itu secara terang telah memberi imej buruk kepada ajaran Islam itu sendiri. Justeru Islam sudah tiada keindahan lagi dalam konteks hubungan antara kaum dan agama di negara ini.
Hayatilah kenyataan fatwa yang dibaca seperti berikut: “Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”
Landasan mengukuhkan fatwa
Sehubungan dengan fatwa tersebut, kita umat Islam seharusnya berfikiran rasional berasaskan beberapa landasan hukum harus atau haram orang bukan Islam memasuki masjid. Berpandukan beberapa sumber, tulisan ini memaparkan beberapa pandangan ulama’ mengenai hukum harus dan haram bagi orang bukan Islam memasuki masjid. Antaranya pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi yang menyatakan harus termasuklah Masjidil Haram dengan berhujah bahawa Rasulullah SAW pernah menerima tetamu dari Thaqif, yang masih belum Islam pada masa itu di masjidnya dan tinggal di situ sebelum mereka memeluk Islam. Dalam hal ini, Imam Ahmad Hanbal menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan yang munasabah.
Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi SAW untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, Nabi menyebut kepada sahabat, “biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka).”
Selain itu, Imam Bukhari menerusi sebuah hadis menyebutkan bagaimana seorang bukan Islam bernama Thumamah ibn Athal diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu): “Rasulullah SAW menghantar seorang berkuda ke arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah (sedang mengintip) bernama Thumamah ibn Athal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Selepas tiga hari, yakni setelah Thumamah melihat bagaimana umat Islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya, akhirnya dia memeluk Islam kerana tertawan dengan keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.
Meskipun firman Allah SWT (al-Taubah ayat 28) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini.” Namun, ayat ini menegah orang-orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram dalam keadaan telanjang sebagaimana adat mereka ketika jahiliyyah adalah menghina Masjidil Haram. Ini kerana apa yang menjadi najis bukan tubuh badan mereka tetapi iktikad mereka. Imam Abu Hanifah menyatakan orang bukan Islam dibenarkan memasuki Masjidil Haram sekadar lalu, tidak dibenarkan duduk dan menetap (sebagaimana sebahagian umat Islam) dan ‘kotor' sebagaimana difahami adalah kekotoran syirik yang melibatkan hati bukan kekotoran fizikal.
Begitu pula ada pandangan ulama-ulama mazhab Syafie membolehkan bukan Islam memasuki masjid dengan izin kaum Muslimin kecuali Masjidil Haram (rujuk Raudhah Tolibin, Jil.1.  Hlm. 296). Pandangan yang sama dengan Imam Ahmad dan sebahagian ulama Mazhab Hambali. Ia berlandaskan kata-kata Said bin Musayyib: “Sesungguhnya Abu Sufyan masuk ke Masjid Madinah ketika dia belum Islam, namun itu tidak diizinkan untuk Masjidil Haram (Rujuk Tafsir Ibnu Abi Hatim mengenai ayat 28, surah al-Taubah).
Apapun, pandangan Imam Ahmad bin Hanbal adalah haram orang bukan Islam memasuki masjid. Ia disokong majoriti fuqaha mazhab Hambali. Asasnya berpandukan hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Umar bin Al-Khattab pernah menyuruh seseorang memasuki masjid tetapi dihalang oleh Abu Musa kerana orang itu seorang Nasrani. Saidina Umar tidak membantah halangan Abu Musa. Pandangan ini diperkuatkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya mengenai ayat 28 surah al-Taubah.
Namun, pandangan mazhab Malik (rujuk Hasyiah al-Showi dan Hasyiah al-Dusuki) orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke masjid sekalipun diizinkan oleh orang-orang Islam melainkan dalam keadaan darurat (tertentu). Asasnya kerana dibimbangi akan berlaku perkara-perkara yang menghina kesucian masjid. Keadaan darurat itu dirujuk kepada perbezaan jenis orang bukan Islam itu sama ada harbi, zimmi atau ’ahdi. Maka yang bertaraf zimmi adalah mereka yang sedia mesra dengan Islam tidak mungkin menghina kesucian masjid.
Kunci fatwa
Apapun perbahasan harus atau haram orang bukan Islam memasuki masjid tetap berteraskan kepada firman Allah SWT (al-Taubah ayat 28) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini.” Justeru itu, ada pandangan yang melihatnya paling kurang terdapat tiga isu yang diperbincangkan oleh ulama Islam: pertama, orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, kedua mengapa orang bukan Islam dilarang memasuki Masjidil Haram, dan ketiga orang bukan Islam memasuki masjid selain Masjidil Haram.  Sehubungan itu perlu juga dirujuk kepada maksud firman Allah (an-Nisa’ ayat 43), “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu saja.”
Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat ini. Namun Imam Abu Hanifah dan Ahmad menghalusi dalam hal tersebut. Sementara di sisi mazhab Maliki dan Syafie pula melarang memasuki Masjidil Haram, namun demikian bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) dibolehkan untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.
Masjid selain Masjidil Haram
Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap melarang orang bukan Islam memasuki masjid. Manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan memasuki masjid-masjid selain Masjidil Haram dengan syarat-syarat tertentu. Ibn Hajar  juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah (merujuk hadis mengenai Thumamah ibn Athal) tersebut.
Imam Nawawi yang merujuk hadis ini berkata harus mengikat tawanan dan menahannya serta harus bagi seorang yang bukan Islam memasuki masjid. Bagi Mazhab Syafie keharusannya dengan syarat mendapat keizinan dari umat Islam sama ada orang bukan Islam itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya (rujuk Syarah Sohih Muslim 12/87).
Selain yang di atas, al-Muzani merupakan murid Imam Syafie juga berbeza ijtihad dengan gurunya. Bagi al-Muzani menyatakan tidak harus orang bukan Islam memasuki masjid, apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan, sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat (an-Nisa’:43) di atas menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu sahaja.
Bagi al-Mawardi pula, apa dimaksud al-Muzani, iaitu sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika tidak harus bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah orang bukan Islam lebih-lebih lagi dilarang––kerana  mereka dikira sentiasa berjunub. Malah kata-kata Imam Syafie dalam hal ini, iaitu “tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram (rujuk al-Hawi al-Kabir 2/268).
Rumusan hukum
Majoriti ulama bersepakat orang bukan Islam tidak boleh memasuki Masjidil Haram. Sementara agak jelas terdapat ijtihad yang berbeza di dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid selain Masjidil Haram. Namun didapati majoriti ulama silam dan masa kini dilihat mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa, tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Antara syaratnya mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan, mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya, dan orang bukan Islam mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya.
Sesungguhnya Islam menggalakkan toleransi dan keharmonian hidup antara Islam dan orang bukan Islam. Jika masuknya orang bukan Islam itu untuk menyampaikan ucapan yang boleh membawa kepada persefahaman lebih baik, maka ia amat digalakkan. Selari dengan hakikat Islam ialah agama yang mengamalkan dialog yang bermanfaat dalam maksud dengan semua kaum dan agama.  Selari dengan panegasan Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar bahawa mengikut fuqaha’ mengenai maksud firman Allah SWT (merujuk kepada at-Taubah: 28 dan an-Nisaa’: 43) majoriti fuqaha’ termasuk kalangan Mazhab Maliki, Shafie dan yang lainnya hanya musyrikin atau penyembah berhala tidak dibenarkan memasuki Masjidil Haram di Mekah. Bermakna tidak salah kalau orang Kristian (Nasrani) dan Yahudi memasukinya.
Berdasarkan kepada pandangan dinyatakan, umumnya orang bukan Islam dibenarkan untuk memasuk masjid dengan berpandukan keadaan, iaitu tidak harus memasuki Masjidil Haram kecuali dengan kebenaran pihak berkuasanya, ada alasan kukuh atas sifat memberi kebaikan di sisi Islam, menghormati kemuliaan masjid sebagai tempat suci untuk beribadah dan menjaga tingkahlaku termasuk berpakaian sopan menurut Islam. Apapun pandangan ulama’ membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid adalah bersandarkan sirah di zaman Nabi yang menghukum Thumamah ibn Athal diikat di tiang Masjid Nabawi dan orang Nasrani Najran dibenarkan masuk ke Masjid Nabawi.
Rumusannya, jalur mazhab Hanafi membenarkan orang bukan Islam memasuki semua masjid, Syafie pula membolehkan bagi semua masjid melainkan Masjidil Haram dan sekitar tanah haram Mekah, dan mazhab Maliki pula tidak harus melainkan kerana darurat ada kerja yang kepakaran berada pada orang bukan Islam.